Smart Journey Sdn Bhd merupakan sebuah agensi pengembaraan milik bumiputera. Syarikat ini berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Syarikat ini ditubuhkan pada 08 April 2008. Ibu pejabat kami terletak di Subang Jaya. Pada peringkat awal, syarikat hanya memfokuskan kepada pakej inbound dan ticketing sahaja.
Namun, sekarang syarikat telah mengembangkan perniagaan dengan menyediakan pakej umrah, pakej haji, pelancongan muslim, aqiqah dan korban di Mekah. Selain itu kami juga menjadi ahli kepada beberapa persatuan pelancongan. Antaranya ialah, Persatuan Agensi pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) dan Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA).
Keunikkan syarikat kami ialah kami memberikan nilai kepada para pelanggan melalui pengalaman syarikat dalam menguruskan pakej pelancongan, pengurusan yang sistematik, lokasi lawatan yang menarik serta perkongsian ilmu yang bermanfaat. Anggota syarikat kami terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam industri pelancongan dan pembangunan perniagaan. Kami mempunyai misi dan visi yang besar bagi mengembangkan perniagaan syarikat.
Menjadi agensi pelancongan yang menyediakan servis terbaik dari segi penyediaan pakej pelancongan, perkhidmatan dan hospitaliti.
Menyediakan pakej pelancongan pada harga yang berpatutan.
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan.
Memastikan sistem pengurusan dalam keadaan teratur.
Menjadikan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan syarikat.
Mempromosikan pakej pelancongan dalam dan luar negara.
Smart Journey Sdn Bhd