admin@smartjourney.my
03-8023 0981
35-G, Jalan USJ 21/10, Usj 21, 47630 Subang Jaya, Selangor
1. Apakah yang perlu dilakukan untuk pendaftaran umrah?
-Tuan/Puan perlu mengisi borang pendaftaran umrah dan menyerahkan dokumen yang diperlukan
serta membuat pembayaran penuh pakej umrah 40hari sebelum tarikh pelepasan.
2. Apakah jenis visa yang digunakan oleh Smart Journey Sdn Bhd?
-Visa yang digunakan oleh Our Deen Travel ialah visa pelancong atau visa umrah.
3. Apakah pakej umrah yang ditawarkan oleh O Smart Journey Sdn Bhd?
-Pakej umrah yang ditawarkan oleh Smart Journey Sdn Bhd ialah pakej 350 meter, Pakej Premium dan Pakej Premium Plus
4. Apakah syarikat penerbangan yang digunakan oleh Smart Journey Sdn Bhd?
-Syarikat penerbangan yang digunakan oleh Smart Journey Sdn Bhd ialah Saudi Airlines, Malaysia
Airlines, Emirates atau setaraf.
5. Apakah jenis kelas penerbangan yang digunakan oleh Smart Journey Sdn Bhd?
-Kelas penerbangan yang digunakan oleh Smart Journey Sdn Bhd ialah kelas ekonomi. Bagi kelas perniagaan adalah berdasarkan permintaan jemaah.
6. Adakah penerbangan transit atau penerbangan terus?
-Sekiranya menggunakan Malaysia Airlines atau Saudia Airlines maka penerbangan terus dari KLIA
ke Airport Jeddah atau Madinah. Manakala bagi penerbangan Emirates atau selain daripada itu maka
ia akan transit.
7. Adakah syarikat Smart Journey Sdn Bhd menerima bayaran secara ansuran?
-Ya. Kami menerima pembayaran secara ansuran. Tetapi pembayaran akhir perlu diselesaikan 40 hari sebelum penerbangan. Deposit pendaftaran hanya RM1000 seorang.
8. Bolehkah individu membatalkan penyertaan umrah?
-Boleh, tetapi pembatalan mestilah dibuat 40 hari sebelum penerbangan dan ada penolakan
mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui.
9. Berapa kali makan di Madinah dan Mekah?
-Pihak Smart Journey Sdn Bhd menyediakan 3 kali makan di hotel Madinah dan hotel Mekah. (Bergantung kepada jenis pakej)
10. Bolehkah pesakit dialisis menunaikan umrah?
-Boleh, tetapi jika jemaah ingin membuat dialisis di Mekah, bayaran sebanyak SR1500 hingga
SR2000 akan dikenakan untuk satu sesi. (Kadar harga bergantung kepada perubahan semasa).
11. Bolehkah wanita pergi umrah berseorangan tanpa mahram?
-Ya, boleh.
12. Berapakah tempoh berada di Mekah dan Madinah?
-Penginapan di Mekah selama 7 hari 6 malam manakala di Madinah selama 5 hari 4 malam.
13. Adakah akan ada mutawwifah yang akan bimbing jemaah muslimat ke Raudhah?
– Ya, terdapat Mutawwifah akan memimpin jemaah muslimat semasa memasuki raudhah.